Tuesday, February 2, 2016

Memilih Al Fatih


Memilih Al Fatih

Pada awalnya ibu tiada nama pilihan lagi. Buntu. Bukan disebabkan banyak pilihan nama. Tapi memikirkan apakah jantina anak ibu. Papa jenis tak suka melakukan scan jantina, kalau bukan disebabkan klinik kesihatan tiada mesin scan. Memang tak merasalah ibu scan di klinik luar. Malah mungkin juga tidak ketahuan apakah jantina anak ibu.

Tapi....papa yakin benar anaknya lelaki. Papa selalu ulang yang ibu nampak malas dan rajin tidur. Yeke? Ibu rasa rajin masak, rajin membasuh...cuma memang malas mengemas, lipat baju dan semestinya mengosok baju.

Rakan sekerja ibu pula ramai meneka jantina perempuan sebab ibu tak berseri. Memang itu ibu akui, ibu memang tak berbedak ke sekolah. Malas nak ke sekolah sebab tahu muka tak lawa. Kebetulan ada rakan yang memang berseri mengandung. Adeh....alahai ibu tak cantik la anak.



Ini gambar papa yang edit. Pelik juga papa serajin ini. Kalau tk silap, ibu emosi sangat waktu berpantang. Papa kenalah pujuk :P


Ini gambar ibu yang edit. Tak pelik sebab ibu memang rajin...hehe. Jarang kita bertiga berbaju sedondon. Pertama sejak Al fatih dilahirkan. Al fatih ketika ini umur awak nak masuk 3 bulan. Kita melawat Fahim kan.


Belum habis cerita kenapa pilih Al Fatih rupanya. Semasa scan 7 bulan rasanya, doktor terus je bagitahu papa yang masih berkira hendak tahu jantina. Walaupun mengesahkan spekulasi, tetap ibu dan papa tak berharap banyak. Asalkan sihat walafiat dan dipermudahkan.

Selepas itu barulah episod mencari nama. Ibu buat beberapa senarai dan terus cadangkan kepada papa. Rupanya papa juga memilih nama yang sama.

Al Fatih sebagai pembuka.
Surah Al Fatihah bermaksud pembuka.
Semoga seperti Muhammad Al Fatih pembuka kota Istanbul.
Al Fatih sebagai pembuka rezeki ibu dan papa. Ibu akui memang rezeki  sentiasa ada sejak adanya Al Fatih.




Saturday, November 14, 2015

Catatan Buat Al Fatih



Blog ini ibu buka sebagai catatan buat ingatan, kenangan dan bacaan untuk anak kesayangan ibu, Ahmad Al Fatih bin Ahmad Kamil.

Ada banyak cerita ibu nak taip. Ada banyak gambar ibu hendak kongsikan. Banyak kenangan suka duka sepanjang sembilan bulan mengandungkan Al Fatih. 

Mungkin ini medium terbaik yang boleh ibu gunakan. Ibu belum pasti mahu dikongsikan bersama umum atau tidak blog ini. 

Sebagai bicara awal untuk blog Catatan Buat Al Fatih, ibu harap tulisan ibu tidak menyinggung sesiapa yang membaca. Jauh sekali hendak menerbitkan iri hati dalam hati mana -mana pihak. Ibu sedar Al Fatih hanya pinjaman dari Allah. Ibu perlu faham dan sedar, Al Fatih adalah amanah.

Buat masa ini, ibu akan menulis dahulu. Akan datang mana tahu papa pula yang menulis kan. 

Anak ibu Al Fatih,
Ibu sayang Al Fatih,
Papa sayang Al Fatih,

Semoga Allah bantu papa dan ibu dalam mendidik dan membesarkan Al Fatih. InsyaAllah.